Akaun gpmmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Yaman Diambang Kematian

Yaman Diambang Kematian

Apakah yang terjadi di Yaman?

Yaman adalah sebuah negara di teluk arab yang terdiri daripada 22 wilayah. Negara jiran Yaman adalah Arab Saudi,Oman, Sudan dan Eritea.

Ideologi ‘Arab Spring’  telah membangkitkan  semangat penduduk Yaman untuk membela nasib rakyat yang tertindas oleh kerajaan. Rakyat bangun menentang Presiden Ali  Abdullah Salleh dan telah melepaskan jawatannya hasil desakan rakyat Yaman pada November 2011.

Presiden Abd Rabboh Mansour Hadi mengambil alih pemerintahan pada Februari 2012 dengan sokongan daripada Arab Saudi dan beberapa negara teluk arab.

Presiden Abd Rabboh Mansour Hadi membubarkan kabinet dan tentera Houthi melakukan pemberontakan dan mengambil alih bahagian Utara Yaman. Ali Abdullah Saleh membentuk pakatan dengan tentera Houthi untuk menentang Presiden Abd Rabboh Mansour Hadi. Campur tangan Arab Saudi membantu Presiden Yaman menentang pakatan Salleh-Houthi bagi menawan semula pelabuhan utama Yaman.

Pada Mac 2015 perikatan yang diketuai Saudi melancarkan serangan udara kepada tentera Houti dan melakukan sekatan di perairan Yaman. Perikatan yang diketuai oleh Arab Saudi telah menyekat urusan perdagangan dan import makanan kepada Yaman kecuali bantuan kemanusiaan. 

Kesan peperangan terhadap Yaman dan kenapa kita perlu bantu mereka?

  • Ketiadaan keputusan untuk menyelesaikan peperangan ini telah mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk dengan sekurang-kurangnya 8.4 juta orang berdepan dengan kebuluran.
  • 22.2 juta orang - 75% daripada populasi - memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut PBB.
  • Kekurangan malnutrisi sedang menggugat kehidupan 400,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 
  • Lebih 83,000 orang terbunuh termasuk hampir 7,000 rakyat awam, 3.1 juta hilang tempat tinggal.
  • Hampir 15 juta penduduk Yaman kekurangan sumber bekalan air bersih akibat krisis kemanusiaan terburuk di negara itu menurut laporan agensi bantuan Oxfam. 


(Gambar pada Misi Peduli Yaman 2.0 tahun Feb 2019) - Berpunca daripada serangan udara dan pertempuran yang berlarutan sehingga menyebabkan sebahagian besar sistem rangkaian air rosak. 11 juta rakyat hanya bergantung kepada punca air paip dan 4 juta rakyat yang lain bergantung kepada bekalan air yang dibawa melalui trak oleh syarikat swasta.


(Gambar pada Misi Peduli Yaman 2.0 tahun Feb 2019) - Setiap 10 minit, seorang kanak-kanak/bayi meninggal dunia akibat malnutrisi.


(Gambar pada Misi Peduli Yaman 2.0 tahun Feb 2019) - Jutaan rakyat Yaman, menjalani kehidupan tanpa tempat tinggal, puluhan ribu terbunuh, termasuk orang awam dan kanak-kanak, jutaan yang berdepan dengan kebuluran dan ratusan ribu diserang kolera akibat perang yang terburuk dalam sejarah dunia.



(Gambar pada Misi Peduli Yaman 2.0 tahun Feb 2019) - Pengagihan bekalan makanan untuk satu bulan kepada 1,465 buah keluarga Yaman di Sanaa' dan Aden.

Dermawan yang disayangi Allah, Ayuh sama-sama kita membantu rakyat Yaman kerana isy ini bukanlah soal agama, ini adalah isu kemanusiaan. Kami di Global Peace Mission Malaysia dengan kerjasama YDKMM untuk menjayakan Misi Peduli Yaman 3.0 pada Mac 2020.

Jenis bantuan yang akan disalurkan:

Dana sumbangan kesuluran yang diperlukan adalah RM1,699,855

  • Kos Perubatan : RM150 (Sasaran - 4,000 slot)
  • Belakan Makanan untuk Sebulan: RM250 (Sasaran 3,000 keluarga) 
  • Bekalan air bersih :RM55 (Sasaran 6361 slot) 

Tarikh tutup sumbangan : 12 April 2020

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian:

Pejabat Global peace Mission Malaysia: 03-41443441
Unit Projek GPM : www.wasap.my/60192411987

Email: salam.gpmhq@gmail.com

Dengan izin Allah, Jika kita mencapai sasaran, kesemua bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 13,361 buah keluarga pelarian Yaman.


Kami berdoa agar Allah S.A.W membuka hati rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki untuk membantu pelarian Yaman. Kami juga berdoakan agar dermawan yang budiman akan sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki dan ditempatkan di syurga yang paling dekat dengan Rasulullah. Amin Ya Rabb.